KM tolak tangguh PRN Melaka

KM tolak tangguh PRN Melaka

Ab Rauf Yusoh berkata PRN boleh diadakan pada bila-bila masa bermula Mei hingga tamat tempoh DUN pada Disember ini.

Ab Rauf Yusoh
Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh menegaskan tidak nampak keperluan menangguhkan PRN Melaka kerana ‘asasnya tidak cukup’.
PETALING JAYA:
Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh tidak melihat ada keperluan menangguhkan PRN Melaka.

Ab Rauf berkata, tiada asas kukuh bagi penangguhan dengan PRN itu dijangka diadakan pada tahun ini selaras perlembagaan negeri.

Tegasnya, tempoh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) berakhir pada Disember depan.

“Berdasarkan peruntukan sedia ada, pilihan raya (negeri) boleh diadakan pada bila-bila masa bermula Mei hingga tamat tempoh tarikh tersebut (pada Disember).

“Dan saya tidak nampak keperluan untuk menangguhkan pilihan raya ini, kerana asasnya tidak cukup untuk menyokong cadangan (menangguhkan) tersebut,” katanya menurut Bernama selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Enrique of Malaccam di Melaka.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dilaporkan, berkata beliau akan membawa usul untuk menangguhkan PRN Johor dan PRN Melaka ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong yang juga ketua DAP negeri mencadangkan kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan PRN negeri itu susulan krisis bekalan global.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.