Prestasi Pejuang tidak memuaskan, Yayasan Kepimpinan Perdana suram

Prestasi Pejuang tidak memuaskan, Yayasan Kepimpinan Perdana suram

Prestasi Pejuang dikatakan dikekang kewangan yang tidak mencukupi.

Wartawan dan ahli Pejuang di lobi di Yayasan Kepimpinan Perdana, di mana terletaknya pejabat Dr Mahathir Mohamad.
PUTRAJAYA:
Suasana di Yayasan Kepimpinan Perdana di mana terletaknya pejabat Dr Mahathir Mohamad suram susulan prestasi tidak memuaskan bekas perdana menteri itu dan anaknya pada PRU15.

Mahathir dan Mukhriz masing-masing bertanding di Parlimen Langkawi dan Jerlun.

Setiausaha Parlimen untuk Pejuang Putrajaya, Hafizul Amir, berkata prestasi parti baharu itu dikekang kewangan yang tidak mencukupi untuk berkempen.

“Kami merupakan parti baharu dan persediaan pula terhad, terutama dari segi dana. Namun, Mahathir mengajar kami tidak bergantung hanya semata-mata kepada kewangan untuk mendapatkan undi.

“Jadi, apa sahaja keputusan, kami terima mandat rakyat dan (selepas ini) kami akan terus bekerja keras untuk pilihan raya akan datang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.