Larry Sng isytihar menang, kerusi sulung PBM

Larry Sng isytihar menang, kerusi sulung PBM

Kejayaan Sng di Julau, sekiranya disahkan, merupakan yang pertama dimenangi PBM.

Larry Sng bertanding sebagai calon PBM selepas meninggalkan PKR secara bersendirian mengumumkan menang di Parlimen Julau. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Larry Sng daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengisytiharkan dirinya menang di Julau, Sarawak, secara tidak rasmi, sekali gus menjadi kerusi pertama dimenangi partinya bagi Parlimen.

Sng mengucapkan penghargaan kepada keluarga dan penyokongnya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyifatkan pertembungan bagi mengekalkan kerusi Julau sebagai “pilihan raya paling intensif menentang pengaruh GPS dan segala jenteranya.”

Beliau berikrar akan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komitmen penuh sepanjang penggal untuk rakyat Julau.

Sementara itu, calon Gabungan Parti Sarawak secara rasmi diumumkan menang di Betong, Mukah, Igan, Batang Sadong dan Lawas, selain mendahului di banyak lagi kerusi.

Kejayaan Sng di Julau, sekiranya disahkan, merupakan yang pertama dimenangi PBM memandangkan beliau juga merupakan pengasas parti berkenaan, selepas meninggalkan PKR, pada Februari 2021.

Turut bertanding di Julau adalah Joseph Salang (GPS), Susan Amal George (Parti Bansa Dayak Sarawak) dan Elly Lawai Ngalai (Bebas).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.