
Warganet mengadu mengenai perkara itu di media sosial selepas laman web di mana pengundi boleh menyemak butiran seperti pusat mengundi dan aliran mereka, gagal berfungsi.
Walaupun ada yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap kegagalan laman sesawang, warganet lain mencadangkan agar pengundi memuat turun aplikasi MySPR pada peranti mudah alih mereka.
Pengguna Twitter @hanimomo berkata, ini ialah “kisah klasik Malaysia (apabila) laman web SPR gagal berfungsi pada saat paling penting”.
Bagaimanapun, pengguna Twitter yang lain memaklumkan bahawa pengundi boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan melalui aplikasi MySPR atau pondok SPR di pusat mengundi.
Terdahulu, warganet turut merungut kerana masa respons di laman web MySPR Semak lambat dan antara muka pengguna juga sudah lapuk.
Seorang pengguna Twitter @jildola menyindir: “Halaman MySpace saya lebih elok rupanya daripada halaman MySPR Semak ini. Ia juga tidak dapat dimuatkan.”
Seorang lagi warganet @diyanashari mempersoalkan mengapa SPR tidak bersedia menghadapi kesesakan di laman sesawang itu pada hari pengundian, sedangkan perkara ini boleh dijangka.
Laman sesawang itu gagal berfungsi sekitar tengah hari semalam tetapi beroperasi semula pada sebelah petang. The Vibes melaporkan bahawa laman web itu diturunkan untuk penyelenggaraan menjelang hari pengundian.