Dengar suara rakyat Sabah, Sarawak, tak kira siapa bentuk kerajaan pusat, kata Hajiji

Dengar suara rakyat Sabah, Sarawak, tak kira siapa bentuk kerajaan pusat, kata Hajiji

Ketua menteri Sabah itu berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah membuat yang terbaik, pada PRU15.

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mahu kerajaan pusat baharu yang akan dibentuk nanti sentiasa mendengar suara rakyat Sabah dan Sarawak.
TUARAN:
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata suara rakyat Sabah dan Sarawak perlu didengar walau siapa pun yang membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, bagaimanapun, masih terlalu awal untuk meramalkan keputusan PRU15.

“Jadi, kita tunggu lah selepas pukul 7 (malam) nanti, kita akan tahu siapa yang akan menang,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Serusup.

Hajiji yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata GRS sudah membuat yang terbaik dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Warisan Shafie Apdal, berkata beliau akan menghubungi rakan pemimpin di Sarawak sekiranya parti itu memenangi lebih 15 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah, pada PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.