70% keluar undi setakat 4 petang, kata SPR

70% keluar undi setakat 4 petang, kata SPR

Ini bermakna lebih 14.8 juta pengundi sudah memilih dengan masa mengundi tamat 6 petang tadi di Semenanjung dan 5.30 petang di Sabah serta

Pengundian tamat pada 6 petang di Semenanjung dan 5.30 petang di Sabah serta Sarawak.
PETALING JAYA:
Kira-kira 70% pemilih berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang tadi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini bermakna lebih 14.8 juta pengundi sudah mengundi, dengan masa mengundi tamat 6 petang tadi di Semenanjung dan 5.30 petang di Sabah serta Sarawak.

Seramai 21,173,638 pengundi layak mengundi pada pilihan raya umum ke-15.

Daripada jumlah itu, seramai 224,832 pengundi awal terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka, dengan 212,961 atau 94.72% sudah mengundi pada 15 Nov.

Pusat mengundi Semenanjung dibuka pada 8 pagi, manakala Sabah dan Sarawak pada 7.30 pagi.

Seramai 939 calon, termasuk 20 parti dan 107 calon bebas, bertanding di 221 kerusi Parlimen.

Sebanyak 116 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi rebutan, termasuk DUN Bugaya yang kosong susulan kematian bekas penyandang, Manis Muka Darah, pada 2020.

Seramai 429 calon menyasarkan 59 kerusi DUN di Perak, Pahang (41) dan Perlis (15).

Pengundian untuk Parlimen Padang Serai di Kedah dan DUN Tioman di Pahang ditetapkan pada 7 Dis ini, dengan penamaan calon pada 24 Nov, susulan kematian dua calon.

Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 Nov, manakala calon Perikatan Nasional di DUN Tioman, Yunus Ramli, meninggal dunia awal pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.