58% keluar undi setakat 2 petang

58% keluar undi setakat 2 petang

Ini bermakna lebih 12.3 juta pengundi sudah mengundi setakat ini, dengan masa mengundi dijadualkan tamat 6 petang ini di Semenanjung dan 5.30 petang di Sabah serta Sarawak.

Pusat mengundi di Semenanjung dibuka pada 8 pagi tadi, manakala Sabah dan Sarawak pada 7.30 pagi.
PETALING JAYA:
Kira-kira 58% pengundi yang layak sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini bermakna lebih 12.3 juta pengundi sudah mengundi setakat ini, dengan masa mengundi dijadualkan tamat 6 petang di Semenanjung dan 5.30 petang di Sabah serta Sarawak.

Terdapat 21,173,638 pengundi yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-15. Daripada jumlah itu, seramai 224,832 orang ialah pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka, dengan 212,961 atau 94.72% sudah menjalankan tanggungjawab mereka pada 15 Nov lalu.

Pusat mengundi di Semenanjung dibuka pada 8 pagi tadi, manakala Sabah dan Sarawak pada 7.30 pagi.

Seramai 939 calon, termasuk 20 parti dan 107 calon bebas, bertanding untuk merebut 221 kerusi Parlimen.

Sebanyak 116 kerusi Dewan Undangan Negeri turut menjadi rebutan, termasuk DUN Bugaya yang kosong susulan kematian bekas penyandangnya, Manis Muka Darah pada 2020.

Seramai 429 calon menyasarkan 59 kerusi DUN di Perak, Pahang (41) dan Perlis (15).

Pengundian untuk kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah dan DUN Tioman di Pahang ditetapkan pada 7 Dis ini, dengan penamaan calon pada 24 Nov, susulan kematian dua calon.

Calon Pakatan Harapan di Parlimen Padang Serai, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 Nov lalu dan calon Perikatan Nasional bagi DUN Tioman, Yunus Ramli meninggal dunia awal pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.