
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, seorang lelaki warga asing bersama 10 lelaki tempatan dan tiga wanita tempatan yang berusia 17 hingga 31 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor antara 6 petang hingga 10.30 malam.
Katanya, sindiket itu yang dipercayai aktif sejak dua bulan lalu menyasarkan warga asing, terutamanya dari Singapura dengan tawaran di media sosial sebagai ejen pelancongan.
“Semua yang ditahan ini adalah ahli sindiket yang berperanan sebagai pegawai sumber manusia dengan tawaran gaji antara RM2,500 hingga RM4,000.
“Premis tersebut disyaki dijadikan pusat panggilan yang menawarkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud,” katanya dipetik Bernama dalam sidang media di sini.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas 18 unit komputer riba dan 32 telefon bimbit.
Katanya, mereka juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura bagi mendapatkan maklumat berhubung kes itu dan akan mengesan saki-baki ahli sindiket itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan.