Bas bawa pelajar universiti terbabas

Bas bawa pelajar universiti terbabas

Pemandu bas antara 11 mangsa cedera yang dibawa ke Hospital Slim River untuk dirawat.

Ketua Polis Daerah Muallim, Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, bas terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang tadi.
IPOH:
Sebuah bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 7 petang.

“Kemalangan melibatkan bas terbabas selepas Simpang Kota Malim Prima. Siasatan awal mendapati 11 orang penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.