
Beliau berkata, keengganan ahli politik untuk berbuat demikian memberikan tanggapan bahawa ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan pihak berkuasa dan orang ramai.
Katanya, tindakan mengisytiharkan harta sebelum bertanding, dan lebih baik lagi selepas memegang jawatan, mencerminkan ketelusan dan integriti ahli politik.
“Kebanyakan ahli politik kita tak mahu isytihar sebab ‘ada udang di sebalik batu’, sebab kalau sudah jadi ahli politik selama berpuluh tahun, sukar untuk jelaskan (dari mana datangnya wang yang banyak).
“Saya rasa ini patut dilakukan oleh semua calon, hendaklah tunjukkan kepada masyarakat bahawa tidak salah jika kekayaan itu dimiliki tanpa terlibat dengan rasuah,” katanya dipetik Astro Awani.
Tambahnya, ahli politik perlu berani mengakui memiliki wang yang banyak dan kemudian kekayaan itu seharusnya dimanfaatkan untuk membantu mensejahterakan kehidupan rakyat yang memilihnya sebagai wakil.