Edmund Santhara tarik diri kerana tak mahu pecah undi di Segamat

Edmund Santhara tarik diri kerana tak mahu pecah undi di Segamat

Semalam, PBM dalam kenyataan mengumumkan Santhara akan mempertahankan kerusi Segamat.

Edmund Santhara Kumar berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan itu kepada penyokongnya beberapa hari lalu.
PETALING JAYA:
Bekas penyandang Parlimen Segamat, Edmund Santhara Kumar menarik diri daripada mempertahankan kerusi itu pada PRU15 tidak mahu memecah undi, katanya kepada FMT.

Menurutnya, beliau memaklumkan keputusan itu kepada penyokongnya beberapa hari lalu.

“Secara asasnya, saya ambil keputusan tidak bertanding kerana tak mahu undi berpecah. Terserah kepada rakyat untuk buat keputusan siapa yang mereka mahu pilih sebagai wakil rakyat. Biar mereka bandingkan rekod perkhidmatan Ahli Parlimen baharu dengan saya.

“Saya juga mahu masa bertenang, dan ia sangat penting,” katanya kepada FMT.

Semalam, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam kenyataan mengumumkan Santhara akan mempertahankan Parlimen Segamat.

Bagaimanapun, selepas proses penamaan calon tamat hari ini, nama beliau tiada dalam senarai calon Suruhanjaya Pilihan Raya.

Santhara menyertai PBM pada 1 Okt lalu.

Beliau meletakkan jawatan sebagai ketua sayap bersekutu Bersatu untuk memberikan tumpuan kepada Parlimen Segamat bagi menghadapi PRU.

Santhara antara 10 Ahli Parlimen yang mengikut jejak Zuraida Kamaruddin keluar PKR pada 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.