Ahli perniagaan Deepak tanding calon bebas di Klang

Ahli perniagaan Deepak tanding calon bebas di Klang

Ia selepas dia menarik diri daripada menjadi calon PN bagi kawasan Pulai, semalam.

Deepak Jaikishan akan bertanding sebagai calon bebas walaupun semalam menyatakan akan menyertai gabungan “yang sejajar dengan pendirian politiknya”.
PETALING JAYA:
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, bertanding di Parlimen Klang, selepas menarik diri daripada menjadi calon Perikatan Nasional bagi kawasan Pulai, semalam.

Beliau akan bertanding sebagai calon bebas walaupun semalam menyatakan akan menyertai gabungan “yang sejajar dengan pendirian politiknya”.

Ketika mengumumkan penarikan diri sebagai calon PN semalam, Deepak berkata dia memilih untuk tidak bertanding untuk gabungan itu kerana “serangannya yang berani dan tidak boleh menahan terhadap kleptokrat yang korup” tidak dihargai oleh gabungan itu.

Dia berkata, pendiriannya “lebih dihargai oleh pejuang demokrasi sejati”.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Johor Teo Kok Chee dilaporkan berkata presiden parti Dominic Lau telah menamakan seorang calon lain untuk bertanding di kerusi Parlimen Pulai atas tiket PN.

Menurut Teo, keputusan untuk menggantikan calon itu dibuat oleh Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dua hari lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.