PRU15: Amanah tukar calon DUN Belanja, Kubu Gajah

PRU15: Amanah tukar calon DUN Belanja, Kubu Gajah

Ahmad Hishamuddin Abdullah menjadi calon baharu DUN Belanja, manakala Rusli Bakar dicalonkan di DUN Kubu Gajah.

Amanah Perak sebelum ini mencalonkan Ikmal Iskandar di DUN Belanja dan Nazri Din di DUN Kubu Gajah.
IPOH:
Menjelang penamaan calon esok, Amanah menukar dua calonnya di dua kerusi DUN Perak, iaitu Belanja dan Kubu Gajah, yang sudah diumumkan sebelum ini.

Ikmal Iskandar yang dinamakan sebagai calon DUN Belanja sebelum ini digantikan dengan Ahmad Hishamuddin Abdullah.

Nazri Din yang diumumkan sebagai calon di kerusi DUN Kubu Gajah pula digantikan oleh Rusli Bakar.

“Kami mengucapkan tahniah di atas pencalonan ini dan mendoakan kejayaan bagi merampas kedua-dua kerusi tersebut,” kata Setiausaha Amanah Perak Salman Saleh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.