Pengerusi Muda Perak tanding Masjid Tanah di Melaka

Pengerusi Muda Perak tanding Masjid Tanah di Melaka

Perkara itu diumumkan susulan tercetus kekeliruan pada Ahad lalu apabila Mutalib Uthman secara mengejut mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah.

Pengerusi Muda Perak Mutalib Uthman menjadi calon keenam parti itu dalam pilihan raya umum yang julung kali disertainya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pengerusi Muda Perak Mutalib Uthman akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Mutalib, salah seorang pengasas bersama Muda, ialah ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu dan menjadi calon keenam parti berkenaan dalam pilihan raya umum yang julung kali disertainya.

Beliau akan menyertai persaingan antara Abdul Hakim Abdul Wahid daripada Umno dan Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang), mencabar Mas Ermieyati Samsudin, yang akan cuba mempertahankan kerusinya bagi penggal ketiga bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Mas Ermieyati, yang ketika itu ahli Umno, memenangi kerusi Masjid Tanah pada PRU14 dengan majoriti 8,159 undi, menentang Sabirin Ja’afar daripada Pakatan Harapan (PH).

Ahad lalu, tercetus kekeliruan apabila Mutalib membuat pengumuman mengejut di Facebook bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah

Beliau kemudian memohon maaf berhubung pengumuman awal itu dan memaklumkan bahawa kerusi Tapah akan ditandingi PKR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.