Harga siling minyak masak 5kg turun 60 sen kepada RM30.90

Harga siling minyak masak 5kg turun 60 sen kepada RM30.90

Harga minyak masak botol 3kg turun kepada RM19.60, botol 2kg (RM13.30) dan botol 1kg (RM6.90).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, harga baharu itu ditetapkan susulan kawalan harga minyak masak sawit botol sejak 8 Ogos lalu.
PUTRAJAYA:
Harga minyak masak botol 5kg turun 60 sen kepada RM30.90 berbanding RM31.50 berkuat kuasa 8 Nov hingga 7 Dis ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut, harga minyak masak botol 3kg turun kepada RM19.60 daripada RM19.90, botol 2kg (RM13.30 daripada RM13.50) dan botol 1kg (RM6.90 daripada RM7.10).

KPDNHEP memaklumkan harga baharu itu ditetapkan selepas kerajaan meneruskan kawalan harga minyak masak sawit botol yang dilaksanakan sejak 8 Ogos lepas.

“Kawalan harga ini dilaksanakan mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia,” menurut kenyataan itu.

KPDNHEP menyebut mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“KPDNHEP menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.