
PETALING JAYA: Harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 4 sen bermula esok hingga 20 Ogos ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga baharu RON97 di Semenanjung adalah RM3.13 seliter manakala diesel RM2.90 seliter.
Harga petrol RON95 pula kekal RM2.05 seliter dan harga diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan.