Pemuda PH lancar manifesto, ikrar anggap sebagai ‘kitab suci’

Pemuda PH lancar manifesto, ikrar anggap sebagai ‘kitab suci’

Manifesto itu mengandungi 25 perkara utama merangkumi lima sektor, iaitu pendidikan, kesihatan, keusahawanan, alam sekitar dan status sosial ekonomi.

Ketua Pemuda Amanah (Hasbie Muda), PKR (Adam Adli) dan DAP (Dr Kelvin Yii) melancarkan manifesto Pemuda Pakatan Harapan. (Gambar Facebook Kelvin Yii)
PETALING JAYA:
Pemuda Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifestonya sendiri untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan berikrar menganggapnya sebagai “kitab suci” dengan janji yang akan ditunaikan.

“Kami akan menganggap semua tawaran ini dan manifesto PH sebagai ‘kitab suci’ kami kerana inilah janji kami kepada rakyat,” kata Ketua Pemuda PH, Dr Kelvin Yii pada pelancaran manifesto itu di sini.

Beliau berkata, ikrar itu yang akan dimasukkan dalam manifesto utama PH, mengandungi 25 perkara utama belia merangkumi lima sektor iaitu pendidikan, kesihatan, keusahawanan, alam sekitar dan status sosial ekonomi.

Katanya, antara janji itu termasuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memberi kuasa autonomi kepada pihak pentadbiran universiti untuk tadbir urus adil bagi fasiliti dan penyelenggaraan universiti.

Tawaran lain ialah “Kembara Siswa”, skim di mana tiket penerbangan antara Sabah atau Sarawak ke Semenanjung pada kadar tetap RM199, tetapi terhad kepada dua tiket setahun bagi setiap mahasiswa.

Yii berkata, manifesto yang dikenali sebagai “Tawaran Anak Muda Harapan” itu merupakan sebahagian daripada manifesto utama PH yang akan dilancarkan Rabu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.