Syarikat penerbangan diminta tambah kekerapan penerbangan menjelang PRU15

Syarikat penerbangan diminta tambah kekerapan penerbangan menjelang PRU15

Menteri Pengangkutan sementara, Wee Ka Siong berkata, dengan meningkatkan frekuensi penerbangan menjelang PRU15 diharap dapat mengawal harga tiket.

Menteri Pengangkutan sementara, Wee Ka Siong berkata, syarikat penerbangan juga perlu berlaku adil terhadap mahasiswa yang kebanyakannya memilih membeli tiket penerbangan pada harga murah.
AYER HITAM:
Syarikat penerbangan diminta meningkatkan kekerapan penerbangan masing-masing menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang dilihat dapat mengawal harga jualan tiket.

Menteri Pengangkutan sementara, Wee Ka Siong berkata, pada masa sama, sekiranya perlu, waktu operasi lapangan terbang dan penerbangan juga boleh dilanjutkan sehingga tengah malam.

Beliau berkata syarikat penerbangan juga perlu berlaku adil, terutama terhadap mahasiswa yang kebanyakannya memilih membeli tiket penerbangan pada harga murah.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) perlu meningkatkan pemantauan harga tiket dan jadual penerbangan bagi membolehkan ramai rakyat pulang mengundi.

“Saya akan minta mereka (Mavcom) melihat kemudahan dan fasiliti yang ada dan gunakan sebaik mungkin. Bagi pengangkutan darat pula, saya memberi jaminan semuanya (pengangkutan darat) mencukupi sepanjang tempoh berkenaan (PRU15),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Hari Sukan Negara Daerah Batu Pahat dan pemberian Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) di sini.

Berkenaan BLKM, Wee yang juga penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam berkata, setakat ini, kira-kira 2,000 golongan B40 di seluruh negara telah menerima manfaat inisiatif itu sejak dilancarkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, 13 Mac lepas.

Menurut Wee, antara kawasan paling banyak menerima manfaat BLKM adalah kawasan pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak, manakala 107 penduduk di Parlimen Ayer Hitam menerima manfaat berkenaan hari ini.

“Melalui program ini, golongan B40 mendapat bantuan untuk memiliki lesen kelas B2 yang sah dikeluarkan Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Diharapkan golongan berkenaan dapat menjalani kehidupan lebih baik, sekali gus mampu meningkatkan taraf sosioekonomi dan momentum penciptaan peluang pekerjaan, yang akan turut memperkasakan pendapatan isi rumah Keluarga Malaysia.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.