‘Hidup zaman mana ni?’ Anwar bidas Ismail tolak debat

‘Hidup zaman mana ni?’ Anwar bidas Ismail tolak debat

Pengerusi PH itu berkata, debat dan perbahasan diamalkan di Parlimen, malah sekolah dan universiti.

Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menolak perdebatan antara calon perdana menteri BN, PN, dan PH yang dicadangkan Anwar Ibrahim dengan alasan ia ‘bukan budaya kita’.
PETALING JAYA:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim membidas Ismail Sabri Yaakob yang menolak cadangan mengadakan perdebatan antara tiga calon perdana menteri dengan alasan debat “bukan budaya kita”.

“(Ismail) ini hidup pada zaman mana? Parlimen itu tempat berbahas, sekolah mahupun universiti yang berjaya menganjurkan pemikiran kritis, pemikiran kreatif yang membolehkan perbahasan.

“Ulama-ulama besar zaman silam hidup dengan penuh perbahasan, soal jawab dan berbagai pendapat. Bezanya, kita gunakan istilah yang baik, tak maki orang.” katanya ketika berucap ketika Jelajah Mega Harapan di Melaka.

Semalam, Ismail menolak cadangan Anwar supaya calon perdana menteri PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berdebat secara terbuka, sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, debat “bukan budaya kita” dan ia tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.