
Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor berkata, tempoh 14 hari yang ditetapkan SPR tidak mencukupi kerana ramai pengundi baharu tidak tahu mengenai proses pilihan raya.
Kumpulan itu menggesa SPR melanjutkan tarikh akhir pendaftaran undi pos kepada 30 Okt dan proses pendaftaran dipermudahkan.
Kumpulan itu juga menggesa SPR mengumumkan penambahan pusat mengundi susulan pertambahan pengundi baharu akibat pelaksanaan pendaftaran pengundi automatik dan kelayakan mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Kira-kira 5.8 juta pengundi baru, terutama yang berusia 18 tahun ke atas, layak mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Kumpulan itu juga menggesa pihak berkuasa memastikan langkah disediakan untuk orang ramai keluar mengundi, sekiranya banjir berlaku.
Semalam, kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menggesa SPR melanjutkan tarikh akhir pendaftaran untuk pengundi pos di luar negara.
Tarikh mengundi PRU15 ditetapkan pada 19 Nov ini.