
Suspek lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira 6 petang semalam di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, suspek tersebut dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang pengarah urusan sebuah syarikat lain untuk membantu proses kelulusan permohonan pinjaman syarikat berkenaan.
“Syarikat pembinaan dan penyelenggaraan tempat suspek berkhidmat itu merupakan anak syarikat agensi kerajaan tersebut,”kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
Katanya, suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai keterangan diambil.