
Sokongan itu satu daripada lima usul yang dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Umno Bahagian Ketereh hari ini.
Bahagian itu juga menyokong semua usaha kerajaan pimpinan Ismail yang memberikan keutamaan kepada usaha transformasi kerajaan, khususnya transformasi Parlimen, peralihan ke fasa endemik, pemulihan ekonomi negara, menangani inflasi dan kos sara hidup rakyat, membela nasib rakyat serta mengekalkan keamanan dan perpaduan Keluarga Malaysia berteraskan prinsip kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran.
Bahagian berkenaan juga merakamkan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail yang berjaya melakar pelbagai kejayaan dan prestasi cemerlang.
Selain itu, Umno Ketereh juga menyokong rundingan penyatuan ummah diteruskan dengan Umno kekal mengambil sikap terbuka untuk merealisasikan penyatuan bangsa Melayu bagi menghadapi PRU15.
Ia turut menyuarakan kesediaan jentera pilihan rayanya untuk menghadapi PRU15 dengan semangat juang tinggi, setia kepada parti dan berkhidmat bersama komponen dan Sahabat Barisan Nasional untuk memenangkan parti dalam PRU kali ini.