
Mesyuarat yang dijadualkan bermula 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya itu akan dipengerusikan Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh.
Ia akan membincangkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi PRU15 serta pilihan raya kecil DUN Bugaya di Sabah.
“Sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” kata Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan.
Semalam, SPR membuka permohonan undi pos di dalam dan luar negara bagi PRU15, dengan tarikh tutup permohonan akan diumumkan selepas hari mengundi ditetapkan.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa semalam untuk memberi laluan kepada PRU15 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.