
Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu yang turut tular di media sosial pada jam 11.25 pagi.
“Kita telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan, siasatan awal mendapati suspek merupakan orang kurang upaya (OKU) terencat akal serta mempunyai kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Suspek juga sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur untuk sakit mentalnya,” katanya dalam kenyataan.
Zam Halim juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.
“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.
Dalam satu rakaman video selama 18 saat di TikTok menunjukkan beberapa orang awam menangkap seorang lelaki kerana membaling pisau di restoran berkenaan.