Banjir kilat, 2 pusat pemindahan dibuka di Pontian, Kluang

Banjir kilat, 2 pusat pemindahan dibuka di Pontian, Kluang

Seramai 75 mangsa membabitkan 26 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian dan Kluang.

Hujan lebat lebih dua jam bermula 10 pagi tadi menyebabkan rumah penduduk di daerah Pontian dan Kluang dinaiki air susulan banjir kilat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Hujan lebat lebih dua jam pada 10 pagi tadi menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor melibatkan daerah Pontian dan Kluang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berkata, setakat 4 petang ini, seramai 75 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat.

“Seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung Sri Gambut, Pontian ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya yang dibuka pada 10 pagi tadi.

“PPS SK Sri Kampung Renggam di Kluang pula dibuka pada 1 tengah hari tadi dan menempatkan 29 orang dari Kampung Tengah, Renggam,” lapor Bernama.

Menurut JPBD agensi kerajaan termasuk pejabat daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.