Bayi perempuan ditemui dalam beg

Bayi perempuan ditemui dalam beg

Bayi itu ditinggalkan berdekatan kedai makan di Bukit Jalil, sebelum ditemui orang awam, pagi Ahad.

Polis berkata bayi perempuan itu ditemui sihat dan dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.
PETALING JAYA:
Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg yang ditinggalkan berdekatan kedai makan di Bukit Jalil, pada Ahad.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin, berkata bayi itu dijumpai orang awam, pada 10.49 pagi.

Beliau berkata, pasukan perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia tiba di lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan bayi yang dijumpai itu berada dalam keadaan sihat,” lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, bayi perempuan tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa maklumat yang sahih.

“Mereka mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.