
Katanya, perbelanjaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga akan meningkat hampir dua kali ganda sekiranya pilihan raya Parlimen dan DUN berlangsung berasingan.
“Kos akan jadi dua kali ganda, kalau pilihan raya umum belanjanya contoh RM1 bilion, kalau DUN berasingan pilihan raya sekali lagi, belanja jadi hampir RM2 bilion.
“Kedua, adakah rakyat yang berada di luar akan pulang mengundi kali kedua, ini melibatkan belanja rumah dan keluarga, dua kali pulang nak mengundi.
“Ketiga, menyebabkan ketegangan dan ketidakstabilan dalam masyarakat kerana pemimpin berceramah, berpolitik untuk kempen pilihan raya sehingga mengabaikan tumpuan memulihkan ekonomi negara,” lapor Awani.
Terdahulu, enam negeri dikatakan tidak akan membubarkan DUN sekiranya PRU15 diadakan tahun ini iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Pada 30 Ogos, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam kenyataan, berkata negeri dikuasai parti itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN lebih awal daripada Mac tahun depan.
“Keputusan itu atas dasar buat masa ini penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan dalam kehidupan rakyat terutama di bidang perekonomian selain kesihatan,” katanya.
Pada 22 Mac, Majlis Presiden PH dalam kenyataan memutuskan kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang ditadbir gabungan itu tidak akan menasihati agar DUN masing-masing dibubarkan sehingga tamat tempoh, pada 2023.
Terbaharu, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, mengesahkan tidak akan membubarkan DUN negeri itu sebagai menolak spekulasi yang mendakwa pembubaran akan dibuat sekiranya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Parlimen dibubarkan.
Katanya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) masih mempunyai baki tiga tahun menerajui negeri itu.
Melaka dan Johor sudah mengadakan pilihan raya umum masing-masing pada Nov 2021 dan Mac 2022.