Jamal Yunos pulih sepenuhnya daripada kanser tahap 4

Jamal Yunos pulih sepenuhnya daripada kanser tahap 4

Ketua komunikasi BN Selangor mengesahkan perkara itu berdasarkan pemeriksaan susulan dijalankan pihak hospital.

Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunus Md Yunos mengesahkan sudah bebas kanser paru-paru tahap 4 susulan rawatan dijalankan hospital.
PETALING JAYA:
Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor Jamal Md Yunos memaklumkan beliau pulih sepenuhnya daripada kanser paru-paru tahap empat yang dihadapinya.

Beliau mengesahkan perkara itu berdasarkan pemeriksaan susulan yang dijalankan pihak hospital.

“Pegawai perubatan yang merawat saya telah mengesahkan kesihatan tubuh badan saya kembali normal seperti sediakala dan sihat untuk bertugas,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Umno Sungai Besar itu turut memaklumkan sudah dibenarkan keluar hospital hari ini.

Jamal berkata, tahap kesihatannya mula merudum Sabtu lalu disebabkan beban tugas yang terlampau apabila terpaksa menghadiri hampir 20 program dalam masa dua hari.

“Keadaan bertambah buruk lagi apabila saya didapati terkena keracunan makanan dalam salah satu majlis tersebut sehingga menyebabkan saya pitam dan akhirnya rebah,” katanya.

Sabtu lalu, Jamal dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan jatuh secara mengejut ketika menghadiri program parti itu di Sungai Besar dan mendapat rawatan rapi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.