
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Haris Kasim berkata, titah itu juga bagi menzahirkan hubungan baik Sultan Sharafuddin dengan Ratu Elizabeth II.
“Selaras dengan titah tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat semalam telah menjunjung titah dan mengarahkan agar semua jabatan dan agensi di Selangor mengibarkan bendera negeri Selangor separuh tiang atas perkenan Sultan Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 Sept lalu.
Menurut laporan media, jasad Ratu Elizabeth II kini berada di London dan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga istiadat pemakaman negara di Westminster Abbey pada 19 Sept.
Jasad baginda akan dimakamkan bersebelahan makam suaminya, mendiang Putera Philip.
Baginda ialah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV.