Pengarah urusan ditahan berkait tuntutan palsu RM7 juta

Pengarah urusan ditahan berkait tuntutan palsu RM7 juta

Lelaki berusia 57 tahun didakwa kemuka tuntutan sejak 2020 hingga Mei tahun ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
KUALA LUMPUR:
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar Datuk ditahan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM7 juta bagi projek pembinaan sebuah bangunan dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta di Terengganu.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), permohonan reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan lelaki terbabit direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis.

“Suspek dipercayai mengemukakan tuntutan sejak 2020 hingga Mei tahun ini dan ditahan di pejabatnya di Shah Alam, semalam,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.