Pembangunan vaksin negara di peringkat ujian praklinikal haiwan, kata menteri

Pembangunan vaksin negara di peringkat ujian praklinikal haiwan, kata menteri

Dr Adham Baba berkata pihaknya bersedia memastikan syarat amalan pengilangan baik (GMP) pembangunan vaksin dalam negara dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan kehendak diperlukan.

Dr Adham Baba pada majlis pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Status vaksin dibangunkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) kini berada pada peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba.

Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk memastikan syarat amalan pengilangan baik (GMP) pembangunan vaksin dalam negara dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan kehendak yang diperlukan.

“Kita mula masuk ujian praklinikal terhadap haiwan dan kita bersedia untuk memastikan syarat GMP dipatuhi,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

PPVN dilancarkan pada November tahun lepas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai antara hab pengeluar vaksin dan meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin.

Pelaksanaan PPVN tidak akan tertumpu hanya pada vaksin Covid-19 tetapi juga diperluas kepada vaksin bagi penyakit lain, antaranya pembangunan vaksin untuk kanser kepala dan leher oleh Pusat Penyelidikan Kanser.

Setakat ini, tiga projek akan dilaksanakan menerusi PPVN antaranya melibatkan projek penghasilan dua jenis vaksin Covid-19 menggunakan virus yang dilemahkan (inactivated) dan Messenger Asid Ribonukleik (mRNA) yang dibangunkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.