Jangkitan Covid-19 turun kepada 2,244 kes, 9 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 2,244 kes, 9 kematian

Seramai 3,202 pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 30,197 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 75 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 menurun sedikit kepada 2,244 kes semalam berbanding 2,328 kes kelmarin.

Sebanyak sembilan kematian dilaporkan semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,240 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,789,552 kes dan 36,243 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 30,197 kes aktif Covid-19, termasuk 75 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.5% atau 28,853 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 18 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,251 orang atau 4.1% menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,202 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya kekal 7,068 kluster, dengan 25 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.