Minyak masak botol 5kg turun kepada RM33.50 mulai 8 Sept

Minyak masak botol 5kg turun kepada RM33.50 mulai 8 Sept

Harga itu lebih rendah daripada harga semasa RM34.70.

Harga siling minyak masak botol 1kg, 2kg dan 3kg masing-masing RM7.50, RM14.30 serta RM21.10.
PETALING JAYA:
Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan lagi harga siling minyak masak berbotol mulai 8 Sept ini.

Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa, berkata harga siling bagi minyak masak botol 5kg dihadkan kepada RM33.50 berbanding RM34.70 ketika ini.

Sementara itu, minyak masak botol 1kg, 2kg dan 3kg pula ditetapkan pada RM7.50, RM14.30 serta RM21.10.

Harga siling baharu itu akan berkuat kuasa hingga 7 Okt ini.

Putrajaya memansuhkan subsidi ke atas minyak masak berbotol mulai 1 Julai lalu dan melaksanakan kawalan harga.

Sebelum 1 Julai lalu, harga maksimum RM29.70 ditetapkan untuk 5kg, manakala RM6.70 bagi 1kg, RM12.70 (2kg) dan RM18.70 (3kg).

Ketika ini, subsidi kerajaan hanya diberikan untuk minyak masak peket 1kg, dengan peruntukan kira-kira RM4 bilion bagi 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.