Jangkitan baharu Covid-19 turun kepada 2,491 kes, 6 kematian dicatat

Jangkitan baharu Covid-19 turun kepada 2,491 kes, 6 kematian dicatat

Menurut data di laman sesawang CovidNow, sebanyak enam kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Terdapat 34,508 kes aktif Covid-19, termasuk 72 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sehingga tengah malam tadi.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 2,491 kes semalam berbanding 3,118 kes kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, sebanyak enam kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,774,003 kes dan 36,196 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 34,508 kes aktif Covid-19, termasuk 72 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 49 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 33,090 pesakit atau 95.9% menjalani kuarantin di rumah, 22 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,324 orang atau 3.8% menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,715 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan kekal 7,066 kluster, dengan 31 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.