
Sebaliknya, beliau berkata, semua pihak perlu merujuk keputusan Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu untuk Barisan Nasional (BN) bertanding solo dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, keputusan itu merangkumi keseluruhan negeri, termasuk Selangor yang meminta kuasa autonomi diberikan dalam usaha menewaskan Pakatan Harapan pada PRU15.
“Setakat ini, kami berpegang kepada keputusan perhimpunan agung Mac lalu. Keputusan itu adalah untuk keseluruhan dan tidak ada pengecualian. Keputusan itu belum diubah dan ia adalah keputusan tertinggi.
“Dalam perhimpunan itu tidak menyebut pengecualian di beberapa negeri,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Terdahulu, Umno Selangor dilaporkan berharap pucuk pimpinan tertinggi parti memberi autonomi untuk meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional.
Ketua Umno Selangor, Noh Omar dilaporkan berkata, kerjasama antara Umno dan PAS negeri itu disifatkan sangat baik dan dilihat lebih berkesan.
Begitu juga dengan beberapa negeri lain yang dilihat turut meneruskan kerjasama antara tiga parti, termasuk Pulau Pinang.
Ditanya keyakinan untuk menang di beberapa negeri, khususnya Selangor, Ahmad berkata, Melaka dan Johor menjadi contoh, rakyat kembali menerima BN.
“Jadi, saya harap kemenangan itu boleh diberikan di Selangor serta beberapa negeri lain.”