
Awal bulan ini, Meta, syarikat yang memiliki Facebook serta Instagram, berkata ia memadam 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram kerana melanggar dasar “koordinasi perlakuan tidak sahih”, mendakwa mereka berkait dengan polis.
“Dalam responsnya, Setiausaha Polis Bukit Aman Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan ringkas menolak laporan Meta, (dan berkata mereka) memandang serius dakwaan itu dan sedang mengumpul maklumat lanjut,” kata Lim dalam kenyataan.
“Sehingga kini, tiada respons berhubung perkembangan atau hasil pengumpulan maklumat oleh polis.”
Kenyataan Noorsiah dikeluarkan 6 Ogos lalu.
Meta melalui Laporan Quarterly Adversarial Threat Report pada 4 Ogos lepas berkata, langkah memadam lebih 800 akaun Facebook dan Instagram, halaman serta kumpulan ialah usaha koordinasi pengendali untuk memanipulasi wacana awam menggunakan akaun palsu bagi mengelirukan orang ramai berhubung identiti sebenar mereka.