
Ahli Parlimen PKR itu juga menegaskan bahawa firma berkenaan gagal menyebut jumlah data yang terlibat dalam pelanggaran itu, serta memberitahu iPay88 untuk menghormati pengguna mereka.
“Ini sebab kenapa kita wajib pinda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 segera. Pengguna yang terkesan wajib diberitahu apa telah terjadi kepada data mereka.
“Syarikat-syarikat komersial yang gagal menjamin keselamatan data wajar dihukum, sama ada dengan membayar pampasan kepada pengguna yang terkesan, atau dengan mengheret pihak pengurusan ke mahkamah, atau kedua-duanya,” katanya di Facebook.
Terdahulu Fahmi berkongsi kenyataan Ipay88 yang menyatakan mereka telah memulakan siasatan sejak 31 Mei lalu bagi membendung isu tersebut.
Menurut firma e-dagang itu lagi, insiden berkenaan mungkin menjejaskan data kad pengguna.
Bagaimanapun, Ipay88 tidak menyatakan bila pelanggaran keselamatan dipercayai berlaku.
Ipay88 turut berkata, proses penyekatan berjaya diselesaikan dan tiada lagi aktiviti mencurigakan dikesan sejak 20 Julai lalu serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa serta pihak lain yang berkaitan berhubung pelanggaran keselamatan itu.