Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,863 kes, 6 kematian

Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,863 kes, 6 kematian

Sebanyak 2,861 kes penularan tempatan dan dua kes import dilaporkan semalam.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,711,415 kes dan 36,032 kematian.
PETALING JAYA:
Kes harian Covid-19 meningkat kepada 2,863 semalam berbanding 2,728 kes sehari sebelumnya.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, sebanyak enam kematian dilaporkan semalam.

Kes baharu itu membabitkan 2,861 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,711,415 kes dan 36,032 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 43,875 kes aktif Covid-19, termasuk 55 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 38 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.7% atau 41,996 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 34 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,790 orang atau 4.1% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,752 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,047 kluster, dengan 23 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.