Akaun Telegram, Signal digodam, PM buat laporan polis

Akaun Telegram, Signal digodam, PM buat laporan polis

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, akaun itu dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah penipuan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah membuat laporan kepada SKMM dan polis. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai perdana menteri.

“Individu yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada polis dan SKMM bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.