
Tze Yong mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir selepas menjinakkan pilihan kedua kejohanan dari India, K Srikanth, walaupun tumpas pada set pertama 13-21, namun bangkit menewaskan lawan dengan 21-19, 21-10.
Lebih manis, ia merupakan kemenangan kedua Tze Yong ke atas bekas No 1 dunia itu dalam tempoh kurang 7 hari, apabila Tze Yong turut menjinakkan pemain itu ketika perlawanan akhir berpasukan campuran.
Menurut Utusan Malaysia, Tze Yong bakal membuat perhitungan dengan seorang lagi pemain India, Lakshya Sen yang melangkah ke final selepas menumbangkan pemain Singapura, Jason Teh dengan keputusan 21-10, 18-21, 21-16.
Dalam pada itu, pasangan beregu wanita, menghidupkan peluang meraih emas selepas menundukkan pasangan dari India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 21-13, 21-16, lapor The Sun Daily.
Pasangan negara itu akan membuat perhitungan di pentas final bertemu pasangan rangking 14 dunia dari England, Chloe Birch-Lauren Smith, esok.