Ng rangkul 2 pingat, bantu Malaysia capai sasaran 6 emas

Ng rangkul 2 pingat, bantu Malaysia capai sasaran 6 emas

Emas diraih atlet gimrama, Ng Joe Ee bantu Malaysia capai sasaran 6 emas untuk Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Ng Joe Ee tampil prestasi cemerlang rangkul emas dalam disiplin bola dan riben di Arena Birmingham hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dua pingat emas disumbangkan atlet gimrama, Ng Joe Ee, membantu kontinjen negara mencapai sasaran 6 emas dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Membuat penampilan sulung dalam kejohanan empat tahun sekali itu, Ng mengungguli disiplin bola untuk merangkul emas pertamanya sebelum menuai emas kedua dalam disiplin riben, di Arena Birmingham, lapor Bernama.

Emas yang diraih Ng itu membantu kontinjen negara untuk mencapai 6 emas seperti disasarkan untuk temasya sukan ini.

Emas Malaysia turut disumbangkan atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin; pasukan badminton campuran dan atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin.

Setakat 6 Ogos, Malaysia turut merangkul 5 perak dan 4 gangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.