
Amirudin berkata untuk acara berpasukan yang mempunyai lima orang ke bawah seperti badminton, sepak takraw, tenis dan squash, masing-masing akan menerima RM5,000 untuk satu pingat emas.
Untuk acara berpasukan yang lebih besar seperti ragbi, bola sepak dan hoki, pemain akan menerima ganjaran RM3,000 setiap seorang, katanya pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Selangor ke Sukma 2024.
Pada kejohanan kali ini, Selangor meletakan sasaran 61 pingat emas.
Sarawak akan menjadi tuan rumah Sukma 2024 yang berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos.
Sukma 2024 menampilkan 37 sukan membabitkan 488 acara, dan disertai seramai 12,619 atlet dan pegawai.
Amirudin berkata kontinjen Selangor kali ini mempunyai selera dan naluri untuk muncul meraih kejuaraan dalam Sukma kali ini.
“Saya percaya kini kita mempunyai resepi sempurna untuk menjadi juara. Ini adalah pasukan yang saya mahu lihat menjadi juara pada 24 Ogos nanti,” katanya.