Polis rampas dadah RM600,000, lebih 9,000 ditahan

Polis rampas dadah RM600,000, lebih 9,000 ditahan

Seramai 4,243 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang operasi bulan lalu.

Polis berkata dalam tempoh tiga hari operasi di seluruh negara, sejumlah 9,684 orang ditahan dan diperiksa, manakala 4,243 ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah.
PETALING JAYA:
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM607,878 sepanjang Op Tapis Khas Siri 5 dijalankan di seluruh negara dari 27 hingga 29 Julai.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata seramai 9,684 orang telah ditahan dan diperiksa, manakala seramai 4,243 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah.

Katanya, semua suspek yang ditangkap berusia 14 hingga 70 tahun.

Dalam kenyataan, beliau berkata JSJN merampas pelbagai jenis dadah berjumlah 99,03kg dan 508 liter pelbagai jenis dadah serta senjata api, yang boleh digunakan oleh seramai 53,317 orang penagih dadah.

Katanya, JSJN turut menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM811,608 bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Polis berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di sekeliling mereka melalui hotline JSJN 012-208 7222.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.