Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU, kata JKM

Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU, kata JKM

Semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) mendapati wanita itu bukan pemegang kad OKU susulan tular infografik di laman media sosial.

Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan yang didakwa dilakukan, di Restoran Crack House Comedy Club, pada 4 Jun.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut Islam, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

JKM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan berdasarkan semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) mendapati Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU.

“Pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih,” menurut JKM susulan tular infografik di laman media sosial berkenaan perkara itu.

JKM juga berharap laporan berkenaan diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU.

Pada 13 Jul, Siti Nuramira, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan yang didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.