
Difahamkan, remaja itu ditahan dalam tempoh sama dengan enam suspek lelaki, menjadikan keseluruhan tujuh suspek ditahan.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, semua suspek kes itu masih ditahan dan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya (TPR) untuk proses seterusnya.
“Kita turut menahan remaja perempuan yang juga rakan kepada mangsa yang membawa suspek lelaki berjumpa dengan mangsa.
“Kita sudah serahkan kertas siasatan kepada TPR dan diminta mengambil beberapa tindakan. Kita akan merujuk semula kertas siasatan kepada TPR untuk arahan pertuduhan,” katanya dipetik Harian Metro.
Media sebelum ini melaporkan enam lelaki ditahan selepas didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah pada 18 Julai lalu.
Semua suspek itu ditahan di sekitar Ipoh, susulan laporan polis dibuat ibu mangsa yang menemui anak perempuannya dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata, siasatan akan dijalankan ke atas penceramah bebas didakwa merogol seorang remaja berusia 14 tahun selepas suspek diserahkan kepada pihaknya.
“Difahamkan, suspek masih ditahan di Kuala Lumpur dan mungkin selepas siasatan (selesai) akan dibawa ke Perak untuk kita menjalankan siasatan.”
Setakat ini, empat kertas siasatan dibuka, iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak berhubung kes itu.