Bekalan elektrik terputus di Lembah Klang

Bekalan elektrik terputus di Lembah Klang

Antara kawasan terjejas termasuk KL, Shah Alam, Bangi dan Cheras.

Masalah gangguan bekalan elektrik berlaku ketika hujan lebat melanda Lembah Klang.
PETALING JAYA:
Beberapa kawasan di Lembah Klang berdepan masalah gangguan bekalan elektrik besar-besaran, dengan beberapa kawasan kini dalam keadaan gelap.

Berdasarkan aduan warganet di media sosial, kawasan terjejas termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Selayang, Cheras dan Bandar Sunway.

Masalah gangguan bekalan elektrik berlaku ketika hujan lebat melanda Lembah Klang.

Laporan turut mengatakan gangguan bekalan elektrik berlaku di Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Di Twitter, gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan berlaku di Kuantan, Seremban, Manjung, Ipoh, Nilai dan Sungai Petani.

Ramai mempersoalkan jika masalah gangguan bekalan elektrik menjejaskan seluruh negara dan menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian luar biasa ini.

Pengguna Twitter @Justmineen mengadu kepada RapidKL, kereta api yang dinaiki terhenti akibat gangguan bekalan elektrik itu, walaupun laluan Cheras kembali beroperasi selepas 25 minit.

FMT sedang menghubungi pihak berkuasa untuk mengulas.

Pembantu kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan berkata, mereka sedang meneliti perkara itu dan akan memberikan kemas kini kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.