
PETALING JAYA: Gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata pasukan teknikalnya berada di lokasi untuk melakukan kerja membaik pulih bekalan.
“Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.
TNB meminta pengguna berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutama ketika berlaku gangguan kerana bekalan mungkin dipulihkan bila-bila masa.
Menurut warganet, kawasan terjejas termasuk Kelana Jaya, Kayu Ara, Ara Damansara dan SS2 di Petaling Jaya.
Ada juga yang melaporkan bekalan elektrik pulih di kawasan seperti Bandar Utama dan Tropicana.