
Dalam kemas kini di akaun X pada 11:34 malam tadi, pengendali bursa tempatan itu berkata, masalah teknikal berkenaan selesai dan platformnya beroperasi seperti biasa.
“Isu Cloudflare telah diselesaikan dan perkhidmatan pulih sepenuhnya….perkhidmatan kami juga kembali beroperasi seperti biasa. Kami menghargai kesabaran semua sepanjang tempoh gangguan ini,” katanya.
Semalam, Bursa Malaysia mengesahkan platformnya tidak dapat diakses akibat gangguan global Cloudflare.
Beberapa laman web tempatan, termasuk portal berita juga tidak dapat diakses susulan gangguan perkhidmatan dalaman dialami Cloudflare.
Cloudflare merupakan syarikat infrastruktur dan keselamatan Internet global.