Berang dituduh goda isteri orang, lelaki tumbuk suami sepupu

Berang dituduh goda isteri orang, lelaki tumbuk suami sepupu

Polis berkata, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami bengkak di pipi kanan.

Polis berkata, perselisihan faham berlaku akibat mangsa menuduh suspek menggoda isterinya.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki menumbuk suami sepupunya kerana berang didakwa menggoda isteri orang.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu berlaku di Tanah Merah pada 6 petang semalam.

Katanya, mangsa ke stesen teksi di Tanah Merah untuk menemui suspek, sebelum berlaku perselisihan faham.

“Perselisihan faham itu berpunca daripada tuduhan kepada suspek yang dikatakan menggoda isteri mangsa, namun suspek tidak mengaku berbuat demikian.

“Suspek bagaimanapun mengaku rapat dengan isteri mangsa disebabkan hubungan sepupu antara suspek dengan wanita terbabit,” katanya menurut Harian Metro.

Zaki berkata, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami bengkak di pipi kanan.

Katanya, suspek berusia 42 tahun kemudian hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk diambil keterangan bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.