Bayaran tanpa tunai di hospital, klinik kerajaan mulai Oktober

Bayaran tanpa tunai di hospital, klinik kerajaan mulai Oktober

Bermula 1 Okt ini, pembayaran menggunakan kad debit, kredit dan e-dompet diterima di semua kemudahan kesihatan kerajaan.

Kaedah pembayaran tanpa tunai bertujuan mengurangkan ketirisan dana awam dan mengelakkan penularan Covid-19 melalui platform tanpa sentuh. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Semua klinik dan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai mulai 1 Okt ini.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan KKM, Ketua Setiausahanya, Harjeet Singh berkata, pembayaran menggunakan kad debit, kredit dan e-dompet akan diterima di semua kemudahan kesihatan kerajaan.

Bagaimanapun, bayaran secara tunai hanya dibenarkan, jika pelanggan tidak mempunyai sebarang mod e-bayaran atau akaun bank.

Harjeet berkata, kaedah pembayaran tanpa tunai dilaksanakan demi:

  • Mengurangkan risiko berlaku ketirisan wang awam
  • Peningkatan kecekapan pengurusan terimaan hasil di kaunter yang lebih cepat, mudah dan selamat
  • Pengurangan kos dan proses kerja dalam urusan kutipan hasil di peringkat pusat tanggungjawab
  • Pengurangan risiko jangkitan Covid-19 di kaunter bayaran melalui platform tanpa sentuh.

Beliau berkata, KKM menjangkakan sekurang-kurangnya 95% transaksi terimaan tanpa tunai di klinik dan hospitalnya menjelang akhir tahun ini.

“Arahan itu sebahagian daripada usaha pendigitalan berterusan Putrajaya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.